"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Amaran Everton

LONDON: Everton mengharapkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk memadam defisit 2-1 apabila menentang Chelsea, awal pagi esok, sekali gus menempah tempat di final Piala Liga Inggeris.

Chelsea memenangi perlawanan pertama dengan Shaun Wright-Phillips menjaringkan gol kemenangan pada 8 Januari lalu, tapi penyerang Andy Johnson percaya skuad berpangkalan di London itu akan berdepan tugas berat di Goodison Park.

“Suasana di Goodison pasti fantastik,” kata Johnson. “Semua orang tahu ia tempat yang sukar untuk dikunjungi dengan 40,000 peminat menjerit-jerit. Pasukan lawan yang datang ke sini sejak beberapa tahun lalu mendapati keadaan itu menyukarkan mereka dan itu kelebihan buat kami.”

Johnson terlepas memenangi pingat Piala Liga 2001 apabila bekas kelabnya, Birmingham tewas kepada Liverpool di final. Dia gagal menyempurnakan penalti pada penentuan penalti dan berkata, itu saat paling menghampakan dalam kerjayanya.



“Tapi ia menjadikan saya lebih berazam dan insan yang lebih kuat,” katanya.

Kedua-dua pasukan berada dalam kedudukan baik dalam Liga Perdana Inggeris - Chelsea kini di tangga ketiga, empat mata di belakang Manchester United dan Arsenal, manakala Everton di keempat selepas Liverpool seri 2-2 dengan Aston Villa, semalam.

Peluang terbaik Everton untuk memenangi trofi musim ini adalah dalam kejuaraan Piala UEFA dan Piala Liga. Pengurusnya, David Moyes tetap memberikan tumpuan kepada perlawanan awal pagi esok ketika Everton menang 2-1 ke atas Wigan dalam saingan liga, Ahad lalu.

“Kami tidak kerap bermain di peringkat separuh akhir, justeru kami asyik memikirkannya dan kami tahu apa yang menunggu jika memperolehi keputusan diharapkan,” kata Moyes.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, 11 November lalu.

Mereka juga kehilangan beberapa pemain yang terbabit dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika - Everton tanpa Aiyegbeni Yakubu dan Joseph Yobo, manakala Chelsea tidak dapat menyenaraikan Salomon Kalou, Michael Essien, Didier Drogba dan John Obi Mikel. - AP

Dalam keadaan pemain tengah Frank Lampard mungkin kembali diturunkan selepas diketepikan kerana kecederaan paha sejak 25 Disember lalu, kapten John Terry dan penyerang Andriy Shevchenko pula hampir pasti masih direhatkan kerana belum cergas sepenuhnya. Kedudukan Wright-Phillips juga diragui.

Keadaan ini mungkin memberikan peluang kepada Claudio Pizarro, penjaring kemenangan ketika Chelsea menewaskan Birmingham 1-0, Sabtu lalu, diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Kami mempunyai lima penyerang ketika ini, tetapi kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan, justeru penting untuk saya bermain dan saya akan cuba mendapatkan peluang itu,” kata Pizzaro. “Saya harap saya dapat menggunakan kesempatan itu dan terus bermain.”

Pizzaro akan bersaing dengan pemain yang baru ditandatangani, Nicolas Anelka untuk merebut tempat di barisan serangan.

Chelsea menewaskan Arsenal 2-1 untuk memenangi Piala Liga musim lalu. - AP

0 Comments: