"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Chelsea mara ke final Piala Liga

LIVERPOOL: Jaringan Joe Cole pada pertengahan babak kedua memberi kemenangan kepada juara bertahan Chelsea 1-0 ke atas Everton semalam, sekali gus melayakkan Blues ke final Piala Liga Inggeris untuk meraih gelaran ketiga dalam tempoh empat tahun.

Jaringan pemain tengah England pada minit ke-69 itu mengesahkan kemenangan saingan separuh akhir dengan agregat 3-1 untuk bertemu juara tiga kali Tottenham di Wembley, 24 Februari depan.

"Ini bukan perlawanan besar," kata pengurus Chelsea, Avram Grant. "Tetapi kita boleh menang dalam mana-mana perlawanan, mampu membawa pulang sebarang trofi, kita mampu melakukan segala-galanya."


Pertemuan di Goodison Park semalam, bagaimanapun gagal mengatasi drama yang dihasilkan Spurs yang menewaskan Arsenal 5-1 pada saingan separuh akhir, sehari sebelum itu.

Selepas aksi pada Piala Negara-Negara Afrika, Grant hadir tanpa kelibat Solomon Kalou, Michael Essien, Didier Drgba dan John Obi Mike. Pemain tengah, Frank Lampard, Michael Ballack, ketua pasukan John Terry dan penyerang, Andriy Shevchenko juga tidak dibawa ke Goodison Park.

"Ia tidak mudah kerana jika kita mempunyai semua pemain dalam skuad yang lengkap sekalipun, kebanyakan pihak berpendapat kita tidak akan beroleh kejayaan cemerlang," kata Grant.

"Ia adalah ujian karakter yang besar dan semua pemain melakukan tugas dengan baik. Kini, anda dapat melihat kami mempunyai skuad yang baik. Tidak mudah untuk mendapatkan pemain yang bagus tetapi pemain Chelsea berkualiti dan mempunyai karakter yang menarik." - AP

0 Comments: