LONDON – PEREBUTAN untuk bergelar juara Liga Perdana England hanya tertumpu kepada tiga pasukan.
Mengetuai senarai ialah Manchester United diikuti Arsenal dan Chelsea.
Liverpool tidak dilihat sebagai pencabar pemburuan gelaran itu.
Ia diakui pemain tengah United, Owen Hargreaves yang berpendapat tiga kelab tersebut adalah pilihan untuk meraih gelaran juara.
“Saya tidak nampak akan ada kelab lain yang mampu menggugat tiga kelab tersebut dan saya berharap pada Mei nanti, United akan terus menguasai liga,” katanya.
Pemain tengah Manchester United itu percaya perebutan gelaran juara Liga Perdana England musim ini hanya tertumpu kepada tiga pasukan; Manchester United, Arsenal dan Chelsea.
HARGREAVES anggap United, Arsenal dan Chelsea sebagai tiga pasukan yang mempunyai peluang meraih gelaran liga musim ini.
Kenyataan itu disuarakan Hargreaves selepas menyaksikan Liverpool, pasukan yang sering kali diletakkan sebagai pilihan tercicir mata berharga selepas hanya seri 2-2 dengan Aston Villa di Anfield kelmarin.
Keputusan itu sekali gus meletakkan The Reds di tangga kelima liga, ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, United.
Menurut Hargreaves, skuad kendalian Rafael Benitez itu kini telah terkeluar daripada saingan merebut gelaran juara.
“Ia begitu sukar buat Liverpool untuk merapatkan jurang mata. Jadi saya boleh katakan bahawa saingan kini hanya tertumpu kepada United, Arsenal dan Chelsea,” jelas Hargreaves.
“Saya juga tidak lihat akan ada mana-mana kelab lain yang mampu menggugat tiga kelab tersebut. Saya harap pada Mei nanti United akan terus berada pada kedudukan teratas.
“Pengurus kami (Alex Ferguson) juga ada memberitahu semua pemain bahawa ini adalah masa terbaik untuk kami menjuarai gelaran liga. Kami mempunyai jumlah jaringan yang besar dan kami hanya perlu mengekalkan momentum ini.”
Pemain berusia 27 tahun itu juga menjelaskan bahawa Chelsea adalah pasukan yang telah menunjukkan peningkatan paling ketara musim ini walaupun terpaksa berdepan dengan tekanan selepas ketiadaan bekas jurulatih, Jose Mourinho.
“Chelsea telah menunjukkan corak permainan baik sejak beberapa perlawanan lalu di bawah kendalian jurulatih baru. Mereka masih kekal sebagai pencabar utama kami,” jelasnya. – Agensi

0 Comments:
Post a Comment