"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Aset terhebat Chelsea

GUANGZHOU (China): Frank Lampard memperlihatkan nilai sebenarnya kepada Chelsea menerusi tendangan lambung jarak jauh memukau tatkala Luiz Felipe Scolari memulakan eranya di skuad The Blues itu melalui kemenangan selesa, 4-0 ke atas Guangzhou Pharmaceutical pada aksi persahabatan, semalam.

Pemain remaja Argentina, Franco Di Santo menjaringkan gol menerusi penampilan pertamanya manakala Salomon Kalou dan Shaun Wright-Phillips turut menggembirakan jurulatih baru mereka dengan ledakan gol di depan 30,000 peminat.

Chelsea dilapor mengemukakan tawaran buat Lampard, yang belum memperbaharui kontraknya dengan gaji baru setinggi £150,000 (RM981,000) seminggu, nilai yang bakal menjadikannya pemain bola sepak menerima gaji termahal di England.

Pemain berusia 30 tahun itu dilihat bergembira apabila melakukan tendangan lambung hebat dari jarak 20 kaki melepasi jangkauan penjaga gol, Li Shuai selepas menerima hantaran jauh Wright-Phillips.
Jaringan itu dianggap tonik terbaik buat Lampard, yang dikaitkan dengan spekulasi perpindahan dan pemain ideal untuk membarisi kesebelasan terbaik buat Scolari tatkala beliau merancang menambah koleksi trofi milik Chelsea.
“Amat baik apabila menang perlawanan pertama, sekalipun ia tidak begitu penting,” kata Scolari.

“Pasukan ini berada dalam keadaan selesa, kami berdepan beberapa masalah fizikal tapi, tiada apa yang tidak mampu kami selesaikan.

Chelsea hampir memecah kebuntuan menerusi gandingan Lampard, Michael Essien dan Nicolas Anelka, yang menyaksikan percubaan jarak dekat diselamatkan penjaga gol lawan selepas melakukan hantaran satu dua dengan bintang yang membuat penampilan pertama, Deco.

Percubaan pemain gantian, Wayne Bridge terkena tiang pada awal babak kedua sebelum Lampard memukau lautan penonton menerusi lambungan cantik yang menerima sorakan hebat penonton.

Di Santo, 19, yang percubaannya terkena tiang selepas masuk menggantikan Anelka pada babak kedua, menyambut hantaran silang Malouda sebelum menjaringkan gol menerusi penampilan pertamanya pada minit ke-78.

Wright-Phillips, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Portsmouth, menyudahkan hantaran silang Bridge, dua minit sebelum perlawanan tamat. - AFP

0 Comments: