"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Dua gol Anelka lonjak semula Chelsea



LANGKAHAN kemas pemain Chelsea, Nicolas Anelka ketika meledak gol kedua menentang Blackburn Rovers dalam saingan EPL di Ewood Park, malam tadi. Chelsea menang 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan penyerang Perancis itu.

BLACKBURN: Dua jaringan Nicolas Anelka bagi memastikan kemenangan 2-0 ke atas Blackburn semalam, membolehkan Chelsea kembali melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Selepas Liverpool merampas kedudukan selaku pendahulu kelmarin, pasukan Luiz Felipe Scolari mempamerkan kesungguhan untuk kembali merampas takhta dengan mempamerkan permainan bertenaga di padang basah Ewood Park.

The Blues mengatasi Liverpool menerusi perbezaan gol dan Scolari dapat meraikan ulang tahunnya ke-60 semalam dengan tenang, menyedari pasukannya kekal di puncak prestasi.

Anelka mempunyai beberapa peluang sebelum memberikan kelebihan buat Chelsea apabila rembatan Jose Bosingwa gagal ditangkap kemas Paul Robinson sebelum terkena lutut pemain antarabangsa Perancis itu untuk gol pertama pada minit ke-34.

Jaringan keduanya lebih cantik dan kemas apabila dia menyempurnakan penyudah dengan tenang untuk mencatat jaringan yang ke-11 pada musim ini.

Prestasi permainan The Blues di luar Stamford Bridge kekal menakjubkan dengan rekod bersih daripada enam perlawanan dan hanya sekali golnya bocor dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Blackburn, sebelum itu yang belum lagi menang dalam lima perlawanan liga, berjanji memberikan saingan sengit untuk Chelsea, berbekalkan kehebatan Paul Robinson di gawang Rovers.

Namun, kemahiran individu nyata memberi kelebihan buat Chelsea dan kejayaan itu diraih tanpa kehadiran Didier Drogba, meningkatkan lagi persoalan mengenai masa depannya dengan kelab berkenaan, lebih-lebih lagi dengan peningkatan Anelka yang semakin mendapat kepercayaan Scolari.

Chelsea melonjak mengatasi Liverpool yang menang ke atas West Bromwich Albion kelmarin menerusi perbezaan gol. Kedua-dua kelab mengumpul 29 mata daripada 12 perlawanan.

Arsenal di tangga ketiga dengan 23 mata selepas menang 2-1 ke atas juara bertahan, Manchester United. - Agensi

0 Comments: