"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

'Empat mata tidaklah jauh'

LONDON - Pengurus Chelsea, Guus Hiddink menganggap peluang anak buahnya untuk merampas kejuaraan liga dari cengkaman Manchester United musim ini cukup cerah.

Keyakinan Hiddink itu disuarakan selepas menyaksikan anak buahnya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester City di Stamford Bridge kelmarin.

Lebih membanggakan lagi, Chelsea turut mendapat kelebihan daripada kejayaan Liverpool menewaskan United 4-1 Sabtu lalu.

Selepas melalui 29 perlawanan, Chelsea kini menduduki tangga kedua liga, berkongsi 61 mata dengan Liverpool.

United pula yang masih memiliki baki satu perlawanan hanya selesa dengan kelebihan empat mata di hadapan.

"Jika hanya empat mata, ia tidaklah terlalu jauh," jelas Hiddink kepada agensi The Times.

"Keputusan Sabtu lalu (Liverpool kalahkan United) telah mengubah persaingan liga musim ini dan menjadikan tekanannya semakin hebat.

"Tapi, jika kami mahu mengekori mereka (United), maka kami perlu menang semua baki perlawanan. Kini, ia bergantung kepada kami kerana United mula dihimpit tekanan dan mereka pasti merasai kekalahan itu."

Begitupun, Hiddink menegaskan bahawa dia enggan terlibat dalam perang mulut seperti mana yang berlaku antara pengurus United, Alex Ferguson dan Rafael Benitez.

"Saya hanya mahu memikirkan tentang Chelsea, jadi saya tidak mahu banyak bercakap mengenai pasukan lawan.

"Bagi saya, saingan ini bukanlah pertarungan antara pengurus, tetapi pertarungan antara pemain," tambahnya. - Agensi

0 Comments: