"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Cedera paksa Ballack hampir bersara

BERLIN – Ketua pasukan Jerman, Michael Ballack mendedahkan dia pernah terfikir untuk bersara ketika bergelut untuk pulih daripada kecederaan.

Ballack, 31, cedera buku lali, April lalu ketika mewakili kelabnya, Chelsea menentang Newcastle menyebabkan memerlukan pembedahan untuk memulihkan buku lali kirinya yang kini pulih.

Selepas menghabiskan tujuh bulan berehat, Ballack berkata, dia akan kembali ke prestasi terbaik bagi pusingan akhir Euro 2008, Jun ini.

‘‘Saya sentiasa yakin bahawa saya akan kembali walaupun bimbang dengan kecederaan ini. Banyak persoalan bermain di fikiran tapi tiada jawapan.

‘‘Ia merisaukan kawan dan keluarga sehinggakan saya sentiasa memikirkan kecederaan ini 24 jam sehari,’’ katanya kepada akhbar Jerman, Die Zeit.

Pemain tengah Chelsea itu turut menjelaskan pelan jangka panjangnya untuk bermain setahun dua lagi selepas pusingan akhir Piala Dunia 2010.

0 Comments: