"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Cedera paksa Terry diketepikan

LONDON – Ketua pasukan Chelsea, John Terry terpaksa diketepikan sekurang- kurangnya enam minggu selepas tiga tulang tapak kakinya patah ketika menentang Arsenal dalam saingan bola sepak Liga Perdana England, Sabtu lalu.

Terry berlaga dengan pemain sayap Arsenal, Emmanuel Eboue dalam perlawanan yang dimenangi oleh pendahulu liga, Arsenal 1-0.

Pemain antarabangsa England itu meninggalkan Stadium Emirates sebelum tamat babak pertama dalam keadaan kesakitan.

‘‘Ujian imbasan hari ini (semalam) menunjukkan bahawa John Terry patah tiga tulang di tapak kaki kanannya, termasuk tulang metatarsal ketiga.

‘‘Selepas melakukan diagnosis terperinci, dia dicadangkan supaya berehat sekurang-kurangnya enam minggu.

‘‘Ketika kami melakukan x-ray ke atasnya di bilik perubatan Arsenal sejurus selepas perlawanan, Terry tidak menunjukkan tanda kecederaan tetapi ia telah dikesan hasil ujian imbasan,’’ kata Chelsea dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh laman web kelab itu, www.chelseafc.com.

Terry akan terlepas perlawanan suku akhir Piala Liga menentang Liverpool, esok, selain tidak dapat turun dalam perlawanan Liga Perdana bertemu Blackburn (Ahad), Aston Villa (26 Disember), Newcastle United (29 Disember) dan Fulham pada 1 Januari.

0 Comments: