"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Gol kontroversi


LONDON: Jaringan Salomon Kalou tiga minit sebelum perlawanan tamat membolehkan Chelsea mengatasi Newcastle United 2-1 di Stamford Bridge, semalam sekali gus merapatkan kedudukan hanya empat mata di belakang Manchester United dan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan itu menyebabkan pasukan pelawat dikendalikan pengurus, Sam Allardyce terus menerima tekanan hebat selepas Newcastle hanya menang dua daripada 11 perlawanan terakhir mereka termasuk kegagalan menewaskan dua lagi pasukan bergelut, Wigan dan Derby sebelum ini.

Bagaimanapun, jaringan Kalou pada minit ke-87 dicemari kontroversi selepas Newcastle mendakwa jaringan itu dilakukan sewaktu penyerang Ivory Coast itu jelas berada dalam kedudukan ofsaid.

Nicky Butt menyamakan kedudukan bagi Newcastle melalui satu sepakan jarak dekat untuk memadamkan gol pendahuluan Chelsea dijaringkan oleh Michael Essien pada separuh masa pertama.



Gol kemenangan Kalou melebarkan kedudukan pasukan barat London itu tanpa tewas sewaktu beraksi di tempat sendiri dalam saingan EPL kepada 73 perlawanan.

Chelsea terpaksa membuat beberapa pertukaran selepas pengurus Chelsea, Avram Grant terpaksa berdepan penggantungan pemain pertahanan, Ashley Cole dan Ricardo Carvalho, termasuk kecederaan melanda Andriy Shevchenko dan penjaga gol, Petr Cech.

Hilario menjadi penjaga gawang Chelsea dengan John Mikel Obi, Michael Ballack, Wayne Bridge, Tal Ben-Haim, Shaun Wright-Phillips dan Juliano Belletti turut dibawa masuk dalam kesebelasan utama.

Michael Owen memulakan saingan dari tempat duduk pemain simpanan untuk Newcastle selepas enam minggu tidak beraksi manakala Butt, Claudio Cacapa dan Obafemi Martins turun dalam kesebelasan utama Toons. - AFP

0 Comments: