"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Anelka sah milik Chelsea


LONDON: Chelsea sudah berjaya mendapatkan khidmat Nicolas Anelka dari Bolton dengan nilai perpindahan AS$29.4 juta (RM102.9 juta), semalam yang menyaksikan penyerang Perancis itu mengikat kontrak empat setengah tahun.

Kenyataan laman web kelab Chelsea berkata: “Kelab Bola Sepak Chelsea dan Bolton Wanderers sudah boleh mengesahkan bahawa terma perjanjian sudah dipersetujui di antara kedua-dua kelab berhubung perpindahan Nicolas Anelka.”

Pengurus pasukan bergelar Blues itu, Avram Grant selepas kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam separuh akhir pertama Piala Liga, Selasa lalu berkata dia berharap dapat mengesahkan perpindahan itu sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham.


Chelsea kini tanpa sumbangan Didier Drogba dan Salomon Kalou yang kini dipanggil oleh skuad kebangsaan masing-masing bagi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika manakala Andriy Shevchenko mengalami kecederaan pergelangan.

Anelka, 28, yang sebelum ini menandatangani kontrak empat tahun bersama Bolton, Ogos lalu selepas menyertai kelab berkenaan dengan rekod perpindahan kelab lapan juta pound (RM54.4 juta) dari kelab Turki, Fenerbahce, sudah menyumbat 11 gol daripada 22 permainan musim ini.

Pemain yang ada kalanya mudah panas baran itu sebelum ini beraksi di Arsenal, Liverpool dan Manchester City serta menjadi anggota pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid. - AFP

0 Comments: