"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Lescott selamatkan Chelsea


LONDON – Kesilapan Joleon Lescott pada masa kecederaan membantu Chelsea mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Everton selepas menamatkan perlawanan dengan 10 pemain dalam saingan separuh akhir pertama bola sepak Piala Liga England di Stamford Bridge, semalam.

Pemain sayap, Shaun Wright-Phillips terdahulu meletakkan Chelsea mendahului 1-0 pada babak pertama, namun tuan rumah terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain selepas Obi Mikel dibuang padang kerana mengasari Phil Neville.

Beraksi menentang 10 pemain lawan memberi kelebihan buat pasukan pelawat dan kesempatan terbaik itu disudahkan oleh Ayegbeni Yakubu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Anak-anak buah Avram Grant bagaimanapun enggan mengalah dan terus memberi tekanan kepada lawan, akhirnya Lescott yang tertekan dengan asakan Wright-Phillips menjaringkan gol sendiri untuk memberi kelebihan Chelsea sebelum bertandang ke Goodison Park, 23 Januari ini.

‘‘Kami memang layak menang. Kami mencipta banyak peluang gol di babak pertama, saya melihat dia (Wright-Phillips) kerap kali memberi masalah kepada lawan kerana dia lebih laju daripada mereka,’’ kata pengurus Chelsea, Avram Grant.

Begitupun, pengurus Everton, David Moyes berkata, seri merupakan keputusan yang baik.

‘‘Namun, kami sedikit kecewa, kami terlepas banyak peluang,’’ kata Moyes yang berharap perlawanan kedua pada 23 Januari ini akan memihak kepada pasukannya.

Keputusan itu melegakan tuan rumah pada ketika kehilangan tonggak utama, Didier Drogba, Michael Essien dan Salomon Kalou yang beraksi pada kejohanan Negara-Negara Afrika, namun kepulangan semula Florent Malouda daripada kecederaan lutut berjaya mengimbangi pasukan.

Chelsea yang merangkul dua kejuaraan Piala Liga dalam tempoh tiga musim, menguasai saingan awal permainan, diketuai oleh aksi cemerlang Wright-Phillips.

Pemain antarabangsa England itu beroleh pertama untuk membuka jaringan pada minit keempat, namun rembatan tersasar, diikuti tendangan jarak jauh Juliano Belletti yang melepasi palang gol.

Everton menurunkan barisan terbaiknya untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Piala Liga pertama mereka dalam tempoh 20 tahun, begitu pun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh anak-anak buah David Moyes, semalam.

Everton berusaha keras pada babak pertama, namun ketiadaan bintang tengah mereka, Mikel Arteta yang digantung perlawanan mencacatkan rentak

Pengurus baru England, Fabio Capello yang menonton perlawanan daripada tempat duduk penonton turut tertarik melihat prestasi baik Wright-Phillips itu.

Pada babak kedua, pemain sayap England itu sekali lagi bertindak menguji penjaga gol Everton, Tim Howard pada awal saingan, namun tandukannya berjaya ditepis.

Tuan rumah seakan tidak mampu disekat pada awal separuh masa kedua, sehinggalah Everton diberikan “talian hayat” apabila Chelsea terpaksa kehilangan satu tonggak selepas Mikel dibuang padang kerana mengkasari Neville.

Akhirnya tekanan berterusan yang diberikan kepada Everton membuahkan hasil selepas kesilapan Lescott memberi kemenangan yang diperlukan skuad Blues.

– AFP

0 Comments: