LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Juande Ramos sanggup menjual bintang Bulgaria, Dimitar Berbatov jika ada mana-mana kelab yang sanggup menawarkan pemain itu pada harga yang tinggi.
Malah, jurucakap Berbatov sebelum ini memberitahu, penyerang lincah itu turut berminat meninggalkan White Hart Lane, jika ada kelab daripada Liga Perdana England berminat mendapatkannya.
Setakat ini, Chelsea telah dikaitkan dengan tawaran berjumlah 26 juta pound bagi mendapatkan Berbatov, sementara Manchester United juga berminat untuk membuat bidaan.
Ramos dikatakan bersedia menjual penyerang berusia 26 tahun itu jika Tottenham menerima tawaran melebihi rekod perpindahan di Britain iaitu 30 juta pound yang dibuat oleh Chelsea kepada AC Milan bagi mendapatkan Andriy Shevchenko pada tahun 2006.
‘‘Saya fikir mungkin ada kelab yang mampu untuk memecah rekod perpindahan di Britain bagi mendapatkan khidmat Berbatov.
‘‘Pada masa ini, nilai Berbatov lebih daripada harga Shevchenko. Bagaimanapun, semua orang ada harga tersendiri.
‘‘Kelab-kelab lain akan mengetahui apa yang mereka perlukan untuk skuad mereka. Namun, bagi pemain wajar menerima bayaran setimpal,’’ kata Ramos.
Jika Berbatov dijual, Ramos dijangka boleh menguatkan pasukannya dengan membeli pemain baru, tetapi setakat ini jurulatih Sepanyol itu berbelah-bahagi, malah ada kalanya dia mengakui mahu mengekalkan penyerang paling berbakat yang dimilikinya pada masa ini.
‘‘Hasrat Tottenham tidak menjual pemain itu (Berbatov). Namun, ia bukanlah bebanan kepada saya jika ada kelab boleh membayarnya.
– AFP
0 Comments:
Post a Comment