LONDON: Dengan kemelut kecederaan dan penggantungan pemain, ramai menjangkakan Chelsea mungkin bergelut dalam saingan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sibuk menyambut perayaan tetapi, Avram Grant gembira dengan reaksi pasukan dan percaya penyokong menjadi faktor penyumbang peningkatan prestasi.
Aksi tanpa kalah dalam tempoh Hari Krismas dengan tiga kemenangan dan satu seri daripada empat perlawanan, satu rekod yang menyamai pencapaian pendahulu EPL, Arsenal serta satu mata mengatasi Manchester United menyebabkan Grant lebih gembira dan bangga dengan kekentalan skuad Chelsea.
Sebagai persiapannya mempertahankan Piala FA pada perlawanan menentang Queens Park Rangers di Stamford Bridge, hari ini, Grant berkata: “Ia sangat baik kerana kami memiliki 10 mata tetapi tercicir dua mata akibat kesilapan keputusan pengadil.
“Sekurang-kurangnya kami menunjukkan perwatakan yang bagus kerana dua mata itu dicapai ketika kami tidak beraksi dengan baik pada separuh masa pertama menentang Aston Villa dan Fulham.
“Kedua-dua perlawanan ini, kami beraksi cukup baik pada separuh masa kedua dan menang di tempat lawan menentang Blackburn yang boleh dikatakan perlawanan sukar bagi kami.
“Kami meraih sekurang-kurangnya 10 mata daripada empat perlawanan, menunjukkan skuad ini sangat baik. Bukan mudah beraksi dengan kecederaan dan penggantungan pemain. Tahun lalu, pasukan kami kehilangan dua pemain dan mendapati keadaan terlalu sukar, jadi sekarang lebih sukar tetapi semuanya mempamerkan perwatakan yang bagus serta menggambarkan kekuatan kami.
Dengan kelibat Petr Cech, John Terry, Claude Makelele, Frank Lampard, Florent Malouda, Didier Drogba (gambar), Andriy Shevchenko dan Ricardo Carvalho yang jarang beraksi dalam tempoh sibuk, Grant gembira dengan pemain lain yang memanfaatkan peluang beraksi.
“Saya boleh mengatakan saya gembira terhadap mereka kerana bukan mudah beraksi dengan beberapa pemain tidak cergas 100 peratus tetapi mereka mahu memberikan segalanya untuk pasukan,” jelasnya.
Dalam satu kajian yang menyediakan berita baik bagi penyokong Chelsea ialah tahap kebisingan sokongan di Stamford Bridge enam kali lebih tinggi berbanding Arsenal, Liverpool dan Manchester United.
Ini sebahagian pencapaian The Blues dengan mengambil kira saiz terkini stadium itu, Bridge menduduki tempat kelapan dari segi kapasiti penyokong EPL pada satu-satu masa. - Agensi

0 Comments:
Post a Comment