LONDON – Chelsea akan meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila diundi bertemu Wigan pada pusingan keempat.
Pertemuan sesama kelab Liga Perdana England itu adalah satu-satunya perlawanan yang sudah sah undiannya manakala yang membabitkan pasukan gergasi lain masih belum pasti siapa lawan mereka.
Manchester United masih terpaksa menunggu pemenang antara Tottenham Hotspurs dan Reading yang terpaksa turun sekali lagi dalam perlawanan ulangan.
Pada perlawanan pusingan ketiga baru-baru ini, Hotspurs dan Reading seri 2-2.
Lawan Arsenal juga masih belum pasti kerana terpaksa menunggu pemenang antara Newcastle dan Stoke yang turut terikat kedudukan.
Liverpool yang perlu menewaskan Luton pada perlawanan ulangan untuk layak ke pusingan keempat akan berdepan sama ada Swansea atau kelab yang langsung tidak ada nama, Havant & Waterlooville.
– AP
0 Comments:
Post a Comment