"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Chelsea perit tanpa bintang Afrika

LONDON: Avram Grant bimbang Chelsea akan terjejas teruk ketika mereka meneruskan cabaran tanpa kelibat bintang Afrika dalam aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Everton, hari ini.

Grant akan hilang penyerang Ivory Coast, Didier Drogba dan Salomon Kalou serta pemain tengah Ghana, Michael Essien untuk perlawanan pertama di Stamford Bridge selepas mereka menyertai pasukan negara masing-masing menjelang Kejohanan Negara-negara Afrika.

Dengan Petr Cech, John Terry dan Frank Lampard sudah tersisih akibat kecederaan, Grant pastinya menyalahkan tempoh kejohanan yang mengancam untuk menjejaskan cabaran pasukannya.

Kelab dengan sumber pemain melimpah seperti Chelsea sekalipun mampu terjejas dengan kehilangan ramai tonggak utama dan Grant kini berharap mereka mampu mengharungi saingan sehingga pertengahan Februari apabila dia harus dapat kembali khidmat ramai pemain bintang.

Kemenangan hambar Chelsea dalam Piala FA ke atas Queens Park Rangers, kelmarin, tidak juga menjelmakan keyakinan untuk Grant bergantung harap kepada barisan pelapisnya.

Cuma dia mampu sedikit lega dengan pulangnya Ricardo Carvalho daripada penggantungan ketika Grant masih berharap John Obi Mikel mampu diturunkan selepas Persatuan Bola Sepak Nigeria membenarkan Everton menurunkan Ayegbeni Yakubu dan Joseph Yobo.

“Jika pemain-pemain Nigeria beraksi buat Everton, kami juga boleh. Ia tidak akan jadi hanya untuk satu kelab dan tidak kepada kelab lain.

“Kelab ini kurang pemain dan ia menjelmakan banyak tekanan. Minggu lalu, Michael Ballack bermain 70, 70 and 90 minit dalam tiga perlawanan terakhir ketika Joe Cole beraksi banyak perlawanan.

“Jadi kami cuba menurunkan mereka untuk tempoh singkat, Sabtu lalu. Amat penting untuk pemain lain dalam pasukan turut beraksi.

“Tetapi kami kekal berjuang hingga tamat setiap perlawanan dan ia membuatkan saya bangga dengan pemain-pemain dan pegawai pasukan ini. Saya juga gembira dengan aksi Andriy Shevchenko dan Salomon Kalou semenjak kecederaan Drogba.” - AFP

0 Comments: