"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

THE REDS BURU BRIDGE

LONDON-Wanye Bridge akan menjadi sasaran utama Liverpool pada musim perpindahan Januari ini dan pemain England itu juga sudah bersedia untuk meninggalkan Chelsea untuk beraksi di Anfield.

Pemain berharga 7 juta pound(RM46 juta) itu akan menjadi sebahagian daripada pemain yang bakal dijual oleh Chelsea selepas pemiliknya, Roman Abramovich menyediakan bajet 60 juta pounds(RM390 juta) bagi membeli pemain baru.

Terbaru, perjanjian telah dilakukan ke atas pemain pertahanan Serbia, Branislav Ivanovic dengan harga 7 juta pound(RM46) manakala Nicolas Anelka juga dijangka menyertai Chelsea dalam usaha Avram Grant untuk menampung pemain skuadnya yang tercedera sebelum Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika merampas empat lagi pemain utamanya.

Dan Grant kembali memburu pertahanan Sevilla dari Brazil, Daniel Alves dan penyerang Valencia, David Villa dengan jumlah harga 45 pound (RM232 juta), termasuk rakan sepasukan Ivanovic di Lokomotiv Moscow, Diniyar Bilyaletdinov.

Lembaga Pengarah Chelsea bersetuju dengan pandangan Grant bahawa pencarian pemain berbakat perlu dilakukan sekarang.

"kami memikirkan tentang segala-galanya, bukan hanya untuk jangka masa pendek",kata Grant
"Ia terpulang kepada kualiti yang masih lagi diperlukan. Bukan hanya pemain yang boleh bermain di Eropah, Walaupun ia mungkin satu kelebihan",katanya.

Bridge mungkin menjadi orang pertama yang meninggalkan Chelsea selepas tawaran yang dibuat Liverpool memenuhi permintaan Chelsea.

Bridge,27, yang membuat sembilan penampilan ,musim ini, difahamkan telah bersedia untuk meninggalkan Chelsea bagi mendapat kembali posisi pemain utama dalam skud.

0 Comments: