"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Ballack Teruja aksi Piala FA

Michael Ballack berazam untuk menebus kekecewaan tahun lalu apabila Chelsea memulakan kempen Piala FA di gelanggang sendiri menentang Queens Park Rangers sabtu ini.

Pemain Jerman itu tidak beraksi ketika Chelsea menang 1-0 ke atas Manchester United pada perlawanan akhir di Stadium Wembley musim lalu.

Ballack melakukan pembedahan di pergelangan kaki April lalu dan hanya kembali beraksi dalam kesebelasan utama The Blues baru-baru ini.

Tetapi selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika menang 2-1 ke atas Fulham di Craven Cottage pada hari pertama Tahun Baru, Ballack bersiap sedia ntu menghadapi pertembungan dua kelab London ini.

"Perlawanan menentang QPR adalah penting bagi kami. Kami bermain di gelanggang sendiri, jadi kami adalah pilihan dan kami mahu melayakkan diri ke pusingan seterusnya",kata Ballack

"Sudah tentu saya kecewa apabila tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir tahun lalu tetapi saya tidak mampu menghalang perkara itu daripada berlaku.

"Saya mengalami keederaan tetapi kini saya memandang ke hadapan untuk beraksi bersama skuad ini. Saya harap kami dapat melangkah ke final sekali lagi dan saya boleh bermain.

"Saya berada di Stadium itu pada final musim lalu dan ia adalah satu perasaan yang hebat terutamanya apabila ia adalah perlawanan pertama di Wembley.

"Di England, Piala FA sungguh penting dan mungkin ia tidak sama dengan pertandingan piala di negara-negara lain. Jadi, ia adalah sesuatu yang baru bagi saya." - AFP

0 Comments: