LONDON - Chelsea membenarkan Andrei Shevchenko meninggalkan Stamford Bridge apabila membuka laluan kepada penyerang Ukraine itu mengadakan perbincangan dengan AC Milan.
Ketua Eksekutif Chelsea, Peter Kenyon dilaporkan telah berjumpa Naib Presiden Milan, Adriano Galliani di Sardinia kelmarin utnuk membincangkan perpindahan semula Shevchenko ke kelab gergasi Itali itu.
Prestasi Shevchenko, 31, mula menurun selepas perpindahannya bernilai 30.8 juta pound (RM198.6 juta) ke Stamford Bridge dua tahun lalu.
Dia hanya berjaya menjaringkan sembilan gol dalam kempen Liga Perdana England dengan hanya banyak memanaskan bangku simpanan.
Dia tidak berada dalam perancangan pengurus baru The Blues, Luiz Felipe Scolari dan pemilik Chelsea, Roman Abramovich juga telah bersetuju untuk melepaskannya.
Galliani berkata: "Shevchenko masih lagi menarik minat kami." - Agensi
0 Comments:
Post a Comment