LONDON - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari berjanji kepada Frank Lampard bahawa dia akan membantu perancang England itu merealisasikan impiannya berhijrah ke Inter Milan.
Pengurus baru The Blues itu telah berbincang dengan bintang England itu beberapa hari sebelum dia mengambil alih tugas di Stamford Bridge.
"Jika kamu tidak selesa di sini, saya akan cuba bantu kamu."
Begitupun, Scolari dilihat enggan menunaikan janjinya itu pada sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus baru The Blues Rabu lalu.
Dia kemudian menyatakan bahawa perancangnya itu akan kekal di kelab tersebut buat beberapa tahun lagi.
Komen tersebut jelas sekali mencetuskan kemarahan Lampard yang telah pun naik berang sebelum itu kerana Chelsea enggan menawarkannya kontrak baru selama lima tahun.
Dalam satu perbincangan dengan Scolari, Lampard memberitahu dia sangat kecewa kerana tidak ditawarkan kontrak yang akan mengekalkannya di Chelsea sehingga akhir kariernya.
Sumber memberitahu: "Scolari bersetuju bahawa tiada guna menyimpan pemain yang tidak setuju dengan kontraknya.
"Perkara yang paling tidak digemari oleh Scolari ialah pemain yang tidak menunjukkan komitmen sepenuhnya tidak akan berada dalam perancangannya." - Agensi
0 Comments:
Post a Comment