TIKET bagi perlawanan persahabatan antara Chelsea dengan Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini sudah mula dijual sejak 20 Jun lalu.
Semua tiket itu boleh didapati di kaunter jualan TicketPro selain kedai sukan adidas terpilih di seluruh negara.
Pada masa yang sama, peminat bola sepak tempatan juga boleh menghubungi Ticketpro di talian 03-78807999 untuk sebarang pertanyaan dan membuat tempahan menerusi laman web www.ticketpro.com.my
Tiket-tiket bagi perlawanan berprestij ini dijual pada harga RM33, RM53, RM83, RM103 dan tiket terhad bagi VIP yang berjumlah RM303.
Sementara itu, peruntukan khas juga diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah.
1,000 tiket bernilai RM53 akan dijual pada harga RM23 kepada pelajar sekolah bagi memberi peluang kepada mereka melihat sendiri aksi pemain bola sepak bertaraf dunia.
ProEvents yang merupakan perunding pengurusan dan pemasaran utama bola sepak di Asia adalah penganjur eksklusif untuk Chelsea Jelajah Asia Samsung 2008.
Penaja rasmi yang lain termasuklah adidas, Astro, MAS dan Maxis.
Dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Malaysia merupakan lokasi terakhir dalam siri Jelajah Asia kelab The Blues itu.
Sebelum itu, Chelsea akan mengadakan siri perlawanan di Guangzhou, China pada 23 Julai sebelum berada di Macau pada 26 Julai.
"Siri jelajah pramusim ini sangat penting kepada persiapan kelab itu di bawah kendalian jurulatih baru, Luiz Felipe Scolari menjelang kempen Liga Perdana England yang bermula Ogos ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam.
0 Comments:
Post a Comment