Sumber atasan Inter mengesahkan: “Pengarah teknikal kami, Marco Branca sudah menghantar faksimili ke Chelsea untuk memulakan perbincangan bagi mendapatkan Lampard.
“Kami sekarang menunggu jawapan daripada Chelsea.”
Bagi Chelsea, apa yang berlaku sekarang cukup memeningkan kerana Lampard, 30, hanya mempunyai baki setahun kontrak bersama kelab Stamford Bridge itu.
Bintang England itu kini boleh berpindah dari Chelsea ke Inter serta merta jika berdasarkan peruntukan Fifa menerusi Artikel 17 yang membenarkan pembelian pemain pada tahun akhir kontraknya.
Pilihan satu lagi ialah dia boleh menunggu hingga Januari dan menandatangani prakontrak bersama Inter.
Lampard sudah beberapa kali menekankan mengenai kontrak barunya di Stamford Bridge dan gesaannya itu mula dibuat sejak beberapa bulan lalu.
Tetapi, Chelsea dikatakan tidak mahu mengadakan perbincangan dengan pemain tengahnya itu.
Minggu lalu, Mourinho berkata, Chelsea mungkin tidak melepaskan Lampard pada musim panas ini - tetapi beliau diyakinkan bahawa pemain itu akan menyertai Inter musim depan.
Perpindahan itu dirancang bagi memberi tekanan kepada Chelsea untuk menerima bidaan Inter.
Selepas Chelsea mengikat Deco dari Barcelona minggu lalu, masa depan Lampard mula diperkatakan ramai.
Dia dijangka membincangkan masa depannya bersama pengurus baru, Phil Scolari minggu ini.
Tawaran Inter dilihat mampu membuka ruang buat Lampard untuk menamatkan kontrak lapan tahun di kelab gergasi Inggeris itu. - Agensi
0 Comments:
Post a Comment