"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Lampard mahu kekal

COBHAM: Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari menegaskan Frank Lampard tidak sekali-kali akan ke Itali dan dia menafikan pernah cuba memujuk Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United untuk menyertai Real Madrid.

Katanya, Chelsea tidak akan mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak yang berminat dengan Lampard, 30, yang masih mempunyai baki kontrak setahun.

Beliau bertemu Lampard buat pertama kalinya kelmarin.

“Kami berbincang selama 15 minit dan selepas ini iaitu ketika kami selesai berbincang, saya rasa cukup gembira kerana apabila saya bertanya sama ada dia mahu terus kekal, dia berkata ‘Ya, saya akan terus tinggal di Chelsea’,” katanya.

Lampard dikaitkan dengan Inter, yang dibimbing bekas jurulatih Chelsea, Jose Mourinho.

Mourinho berkata Lampard bersetuju untuk berada di bawah bimbingannya sama ada sekarang atau selepas kontraknya tamat.

“Lampard adalah satu-satunya pemain yang kami mahukan,” kata pegawai Inter, Ernesto Paolillo kepada media British, Sky Sports News. “Jika dia bersetuju, kami sangat mengalu-alukan kehadirannya.

“Sudah tentu terdapat persoalan mengenai kualiti dan harga. Jika kami gagal mendapatkan Lampard menerusi bidaan, kami akan mencuba kaedah lain.”

Berhubung soal Ronaldo, Scolari dikatakan akan meraih manfaat lebih besar jika Ronaldo menyertai pasukan juara Sepanyol itu kerana ia pasti akan melemahkan pesaing Chelsea itu untuk buruan gelaran Liga Perdana sebelum kempen itu sendiri bermula.

Bekas jurulatih Portugal mempunyai banyak masa untuk memujuk pemain sayap itu untuk meninggalkan Old Trafford ketika Euro 2008.

Bagaimanapun beliau ketika diperkenalkan sebagai pengurus Chelsea di hotel berhampiran pusat latihan kelab itu semalam, menjelaskan bahawa kisah perpindahan Ronaldo bukan masalahnya.

“Saya tidak pernah menasihati Ronaldo untuk berpindah kelab. Saya mahu jelaskan perkara itu,” kata Scolari.

“Jika dia kekal atau tidak ia bukan masalah saya,” katanya.

Scolari tidak percaya peluang Chelsea untuk memenangi gelaran itu akan semakin baik biarpun Ronaldo berpindah ke Sepanyol kerana United, Liverpool dan Arsenal mampu memberikan cabaran. - AFP

0 Comments: