"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Mourinho mengaku kalah


LONDON - Pengurus Inter Milan, Jose Mourinho akhirnya mengaku kalah dalam usahanya mendapatkan khidmat perancang Chelsea, Frank Lampard pada musim perpindahan ini.

Bekas pengurus The Blues itu terpaksa menelan hakikat bahawa perancang England, Lampard akan kekal di Satmford Bridge musim depan.

Kini, beliau perlu menunggu selama 12 bulan lagi sebelum membawa Lampard ke San Siro menerusi perpindahan secara percuma kerana kontrak Lampard akan berakhir tahun depan.

"Bagi Lampard, ia mungkin lebih mudah untuk beraksi bersama Chelsea sehingga tamat kontraknya daripada meninggalkan semuanya secara tiba-tiba," kata Mourinho.

"Bagi saya, ia seakan-akan sukar buat diri- nya untuk membuat pilihan beraksi di sini (San Siro). Ia lebih mudah jika dibuat musim depan."

Berita ini pasti dianggap satu khabar gembira buat pengurus baru Chelsea, Luiz Felipe Scolari yang sememangnya mahukan Lampard kekal.

"Setiap hari saya bercakap dengan Frank tentang bagaimana kami mampu menang bersamanya di Chelsea.

"Kami sering kali berbincang mengenai apa yang terbaik bagi Chelsea dan posisi mana yang terbaik buat dirinya.

"Dia menjalani latihan dengan baik. Apa yang penting sekarang ialah dia masih di sini bersama kami," kata Scolari.

Sebelum ini, Lampard tidak bersetuju dengan tawaran Chelsea untuk memanjangkan kontraknya selama empat tahun dengan gaji 130,000 pound (RM844,094) seminggu.

Dia tetap berkeras mahukan kontrak selama lima tahun di Stamford Bridge atau dilepaskan ke Inter.

"Hakikat bahawa Frank bersama kami dalam siri jelajah ini adalah kenyataan yang penting," kata Ketua Eksekutif Chelsea, Peter Kenyon. - Agensi

0 Comments: