"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Chelsea nafi minat dapatkan khidmat Eto'o

GUANGZHOU, China - Chelsea menafikan laporan bahawa mereka berminat mendapatkan khidmat penyerang Barcelona, Samuel Eto'o.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas The Blues menyangkal laporan mengenai tawaran ke atas pemain tengah AC Milan, Kaka.

"Kami tidak ada membuat sebarang tawaran," menurut satu sumber kelab gergasi England itu.

"Saya telah mengadakan beberapa perbincangan bersama ahli lembaga mengenai semua isu pembelian pemain dan dia (Eto'o) tidak pernah dibincangkan."

Eto'o tidak lagi mendapat tempat di Barca dan penyerang antarabangsa Cameroon itu mendedahkan menerima tawaran daripada Chelsea, Tottenham Hotspurs dan Inter Milan.

Bagaimanapun, Barcelona menafikan laporan tersebut.

Kelmarin Chelsea melepaskan pemain tengah Perancis, Claude Makelele dan pemain pertahanan, Khalid Boulahrouz menerusi perpindahan percuma.

The Blues turut mengumumkan telah menyambung kontrak penjaga gol Petr Cech dan pemain tengah, Mi- chael Essien selama lima tahun lagi.

- AFP

0 Comments: