KUALA LUMPUR 27 Julai – Pasukan bola sepak terkemuka Liga Perdana England, Chelsea tiba di sini malam ini dalam Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008 bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia Selasa ini.
Jurulatih baru pasukan yang mendapat jolokan The Blues itu, Felipe Scolari bersama para pemainnya tiba di hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini pukul 8 malam ini.
Pesawat Malaysia Airlines System (MAS) yang membawa pasukan itu dari Macau mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 7.15 malam ini.
Kira-kira 300 peminat Chelsea yang muncul naib juara Liga Perdana England musim lalu menunggu di hotel penginapan pasukan tersebut seawal pukul 6 petang untuk menyambut bintang-bintang kelab itu.
Pasukan Chelsea akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam pukul 8.45 malam Selasa.
Antara pemain utama pasukan Chelsea yang menyertai Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008 ialah penyerang kelahiran Jerman Michael Ballack, penjaga gol Peter Cech, pemain pertahanan Ashley Cole, penyerang Joe Cole serta dua pemain yang baru menyertai kelab itu, Deco dan Branislav Ivanovic.
Tidak ketinggalan ketua pasukan, John Terry dan salah seorang pemain termahal skuad itu, Michael Issien yang bernilai RM158.6 juta. Turut dibawa ke Malaysia ialah pemain tengah Frank Lampard, penyerang Perancis, Nicolas Anelka, pemain Ukraine, Andriy Shevchenko serta bintang-bintang lain seperti Saloman Kalao, Florent Malouda dan John Obi Mikel.
Bagaimanapun, penyerang berbisa kelab itu, Didier Drogba dan penyerang baru dari Portugal, Bosingwa tiada dalam senarai lawatan pasukan itu ke sini.
Ini merupakan kunjungan kedua skuad Chelsea ke Malaysia selepas tahun 2003, peluang yang digunakan oleh Scolari untuk menyediakan kelab itu menghadapi musim baru Liga Perdana England yang akan bermula pada pertengahan Ogos.
Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhir Chelsea dalam Siri Jelajah Asia pasukan itu selepas mengadakan kunjungan dan perlawanan persahabatan di Guangzhou Selasa lalu dan Macau, kelmarin.
Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, Chelsea yang muncul naib juara Liga Juara-Juara musim lalu membuktikan keunggulan apabila menewaskan pasukan Guangzhou Pharmaceutical, 4-0, sebelum membelasah pasukan Chengdu Blades, 7-0, kelmarin.
Pada pukul 6 petang esok, pasukan Chelsea akan mengadakan sesi latihan di Stadium Shah Alam.

0 Comments:
Post a Comment