WIGAN: Luiz Felipe Scolari memerlukan kemenangan lebih bermakna berbanding jumlah jaringan besar ke atas lawan kurang mantap untuk meyakinkan pengkritik bahawa dia mampu merampas semula trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tetapi, andai kemenangan besar 4-0 ke atas skuad kerdil, Portsmouth, tidak memberi sebarang makna, impian menggunung Scolari untuk membawa pulang beberapa trofi ke Stamford Bridge bukan sekadar cakap kosong.
Dengan kenyataan Chelsea bakal muncul pencabar utama kejuaraan musim ini, tiada perkara lain lebih penting daripada itu.
Kunjungan mereka ke Wigan - salah satu kelab kerdil dalam EPL - hari ini, bakal memberi ujian getir terhadap kemampuan Chelsea tetapi pengendali kelahiran Brazil itu sudah meletakkan penanda aras kepada kelabnya.
Ketibaan Scolari turut dilihat memberi tenaga baru kepada salah satu karakter sukar difahami di Chelsea, Nicolas Anelka.
Anelka melalui musim mengecewakan ketika beraksi di bawah kendalian bekas pengurus, Avram Grant dengan gagal menyempurnakan penentuan sepakan penalti genting ketika tewas kepada Manchester United pada final Liga Juara-Juara Eropah.
Malah, dia hanya menjaringkan dua gol untuk The Blues sebaik berpindah dari Bolton Wanderes, Januari lalu.
Tetapi, aksi cemerlang ketika menentang Portsmouth dengan meledak satu gol, membayangkan bahawa pemain antarabangsa Perancis itu mampu menyinar sekali lagi.
“Keadaan sentiasa begini apabila anda beraksi sebagai penyerang,” kata Anelka.
“Sukar untuk mencapai prestasi terbaik apabila berehat untuk seketika. Anda perlu menemui rentak, lebih-lebih lagi sebagai penyerang kerana anda perlu ada keyakinan.
“Jika anda tidak yakin, anda tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Sementara itu, pengurus Wigan, Steve Bruce, masih mengingati jaringan penyerangnya, Emile Heskey pada waktu kecederaan untuk mengikat Chelsea pada aksi terakhir EPL musim lalu sekali gus menyaksikan The Blues tewas dalam perebutan takhta liga kepada Manchester United.
Namun, dia berkeyakinan penuh Scolari mampu membimbing The Blues muncul pencabar utama musim ini.
“Scolari memiliki rekod menakjubkan di peringkat dunia dan mempunyai sumber pemain yang kami idamkan. Saya yakin dia akan melaksanakan tugas dengan cemerlang bersama Chelsea,” katanya. - AFP

Wigan sedia uji Chelsea
Posted by K'cong at 12:08 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment