"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Chelsea tundukkan Malaysia 2-0

SHAH ALAM 29 Julai – Skuad bola sepak Liga Perdana England, Chelsea sekadar mencatat kemenangan tipis 2-0 ke atas Malaysia dalam perlawanan persahabatan yang menghiburkan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Chelsea yang dibarisi pemain terkemuka dunia memperoleh gol menerusi Nicolas Anelka dan Ashley Cole pada minit ke-28 dan ke-53.

Ia merupakan kemenangan paling tipis dicatat oleh kelab itu selepas tiga perlawanan persahabatan sepanjang Siri Jelajah Asia 2008.

Minggu lalu, Chelsea membelasah kelab profesional China, Pharmaceutical Guangzhou 4-0 dan Chengdu Blade 7-0 di negara tersebut.

Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM), Sultan Ahmad Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung FAM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzuddin Ahmad. 

Perlawanan yang bermula pada pukul 8.45 malam itu turut mencatat sejarah apabila disaksikan oleh hampir 50,000 penonton iaitu tertinggi sepanjang perlawanan kelab itu dalam Siri Jelajah Asia.

Para peminat kelab yang mendapat jolokan The Blues itu mula memasuki stadium seawal pukul 6 petang bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Ini merupakan kunjungan kedua Chelsea ke negara ini selepas terlibat dalam kejohanan antara empat penjuru pada 2003.

Pada kejohanan itu, Chelsea menewaskan skuad kebangsaan 4-1 dengan Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol tunggal pasukan negara.

Kehadiran mereka ternyata berbaloi apabila penonton yang membayar tiket daripada serendah RM33 hingga RM403, terhibur dengan aksi lincah dan kemahiran pemain bertaraf bintang seperti Anelka, Frank Lampard, Shaun-Wrights Phillips di bahagian serangan.

Namun, skuad Malaysia diterajui Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak dan Mohd. Fauzi Nan, tidak kurang hebatnya.


Bagaimanapun, ketangkasan Petr Cech iaitu antara penjaga gol terbaik di dunia turut menyukarkan penyerang skuad kebangsaan yang diketuai Mohd. Safie Sali sambil dibantu Indra Putra Mahayuddin, Amirulhadi Hassan dan Hardi Jaafar.

0 Comments: