"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Scolari tidak tertekan

LONDON - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari menuju perlawanan pembukaan bola sepak Liga Juara-Juara menentang Bordeaux, hari ini dengan menegaskan dia tidak terasa tertekan untuk memenangi hadiah kelab utama benua itu.

Hanya empat bulan selepas Chelsea menewaskan sebuah pasukan yang keletihan dari Moscow sejurus selepas kekalahan perlawanan akhir Liga Juara-Juara mereka kepada Manchester United, The Blues kembali ke aksi Eropah di Stamford Bridge hari ini.

John Terry dan rakan pasti mahu ke perlawanan akhir tahun depan di Rom dan membalas dendam kekalahan penentuan penalti yang menghampakan itu.

Scolari pula enggan untuk memberikan penekanan khas kepada pertandingan ini kerana dia tahu dia perlu mencapai kejayaan pada semua persaingan bagi memuaskan hati pemilik Roman Abramovich.

"Tekanan adalah untuk saya dan pemain bukan hanya bagi Liga Juara-Juara. Ia untuk Piala FA, Piala Liga dan Liga Perdana - kami mahu memenangi kesemua perlawanan.

"Bagi saya, Liga Juara-Juara tidak lebih penting daripada Piala Liga. Ia penting tetapi tidak lebih penting daripada satu perlawanan liga.

"Kami perlu memikirkan satu perlawanan satu persatu. Jika saya katakan Liga Juara-Juara yang terpenting, pemain kami akan bertanya mengapa mereka perlu mengambil berat perlawanan lain.

"Saya menghormati Liga Juara-Juara tetapi kesemua perlawanan penting. Jika anda fikir satu perlawanan tidak penting, anda akan kalah sebelum perlawanan," tegasnya.

Jika Terry menyudahkan sepakan penaltinya dalam perlawanan akhir itu, dia akan memimpin The Blues ke perlawanan Bordeaux sebagai juara Eropah.

Sebaliknya, ketua pasukan Chelsea itu tergelincir dan sepakan sipinya untuk membolehkan United merangkul piala.

Terry meninggalkan padang dengan menangis tetapi Scolari yang menyaksikan perlawanan menerusi televisyen, yakin benteng England itu telah melontar kenangan sedih yang menjadi igauan itu.

"Apabila dia terlepas penalti itu, saya sedih kerana saya menyukainya. Namun ia hanya satu sepakan dalam satu perlawanan dan hidup diteruskan," kata Scolari.

"Saya sentiasa menyukai John sebagai seorang pemain. Kini saya menyukainya lebih daripada sebelumnya. Kami bercakap setiap hari. Saya seorang yang demokratik, anda tahu. Saya mendengar," katanya.

Karier pengurusan Scolari yang gemilang selama 26 tahun termasuk memenangi Piala Dunia dan kejayaan pada peringkat tertinggi di Amerika Selatan tetapi pertemuan hari ini bakal menjadi suasana sulungnya dalam Liga Juara-Juara yang terhad.

Warga Brazil ini tidak akan menghadapi masalah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan skuad Bordeaux biarpun pasukan Laurent Blanc itu dihimpunkan dengan bakat Amerika Selatan.

"Ia bagus kerana ia akan lebih mudah bagi saya mengatakan kepada pemain saya, 'ini pemain yang bermain cara ini' kerana saya cukup mengenali mereka," katanya.

Seperti Scolari, bos Bordeaux Blanc akan turut mengendalikan perlawanan sulungnya dalam persaingan elit benua itu.

Bekas benteng Perancis dan Manchester United itu mengakui pasukannya yang seri 1-1 dengan Marseille, Sabtu lalu, bergelut untuk menepati gelaran mereka sebagai pencabar kejuaraan.

Les Girondins memenangi cuma dua daripada tiga perlawanan liga dan Blanc yang bakal tanpa benteng yang digantung, Mathieu Chalme dan Benoit Tremoulinas menentang Chelsea, berkata: "Ada peningkatan yang dilakukan dan kami perlu sanggup dan bersemangat, biarpun jika kamu kadangkala membuat kesilapan jadi kamu tidak akan mengulanginya.

"Kami mungkin bukan dalam keadaan terbaik dari segi psikologi dan prestasi serta kami akan mengharungi satu tempoh yang sukar. Dengan perlawanan yang kami hadapi, kami mesti berada pada tahap terbaik dalam banyak bidang," katanya.

0 Comments: