"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Kelab EPL buru saingan kalah mati

PARIS: Chelsea dan Liverpool mampu mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara Eropah, hari ini (awal pagi Rabu waktu Malaysia), jika masing-masing berjaya melakar kemenangan ke atas AS Roma dan Atletico Madrid.

Kejayaan buat Chelsea � yang akan ke Itali dibuai keyakinan selepas membelasah Sunderland 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu akan meletakkan mereka dengan himpunan 10 mata dan biarpun Bordeaux menewaskan kelab Romania, Cluj, kelab Perancis itu perlu menang dua baki aksi dan mengharap Chelsea kalah kedua-duanya untuk menghalangnya.

Pengurus pasukan, Luiz Felipe Scolari berkata di laman web kelab (www.chelseafc.com) bahawa penyerang Perancis, Nicolas Anelka akan bermula dalam kesebelasan pasukan, hari ini selepas hatrik ketika menentang Sunderland sekalipun Didier Drogba kembali beraksi selaku pemain gantian gara-gara kecederaan lutut dan pergelangan ditanggung sebulan lalu.

"Keputusan besar saya adalah Anelka akan beraksi menentang Roma. Dia penyerang hebat ketika ini dan boleh membantu kemenangan penting nanti," kata pengendali berasal dari Brazil itu.

Scolari turut berdepan kesulitan tanpa Ashley Cole yang tercedera tetapi Wayne Bridge dijangka akan mengisi kekosongan itu. Dia juga akan berkunjung ke Roma tanpa pemain pertahanan, Ricardo Carvalho, Michael Ballack dan Michael Essien yang tercedera.

Chelsea tampak punya laluan mudah kerana prestasi buruk Roma ketika ini selepas kalah enam daripada sembilan aksi Serie A � dan empat yang terakhir.

Jurulatih mereka, Luciano Spalletti (gambar) � yang mengemudi kelab itu muncul naib juara sejak dua musim lalu � juga sudah diberikan 'undi percaya' oleh kelab yang biasanya membawa maksud sebaliknya.

"Spalletti tidak dibincangkan. Itu hakikatnya dan itulah keputusannya ketika ini," kata pengarah teknikal Roma, Bruno Conti.

"Tetapi kami bersatu dan saya sentiasa tegaskan kepada pemain bahawa kita tidak boleh lupa apa yang sudah dilakukan sejak tiga tahun terakhir ini.

"Kami perlu kurang bercakap dan lebih fokus kepada cabaran. Langkah menghimpunkan pemain akan diteruskan kerana kami ada aksi penting Liga Juara-juara di tempat sendiri menentang Chelsea dan kami mampu menang jika kekal bersatu." � AFP

0 Comments: