"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Spalletti masih cari formula terbaik

ROM - Jurulatih AS Roma, Luciano Spalletti masih bergelut mencari formula bagi mengatasi krisis yang dihadapi skuad kendaliannya menjelang pertemuan menentang Chelsea pada aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara awal pagi ini.

Sekali lagi kelab gergasi Itali itu memperlihatkan kelemahan mereka apabila tewas 0-2 kepada Juventus dalam saingan Serie A Sabtu lalu.

Kekalahan ini adalah yang kelima berturut-turut yang dialami Roma dalam semua pertandingan, sekali gus meletakkan mereka di zon penyingkiran kempen liga domestik.

Selepas menamatkan saingan di tempat kedua Serie A sepanjang dua musim terakhir, Roma kini berdepan krisis di bahagian pertahanan selepas memboloskan 17 gol daripada sembilan perlawanan liga.

"Saya tidak faham kenapa kami tidak mampu memberi aksi yang lebih baik selepas memboloskan gol.

"Kami terlalu lembut dan pasif berbanding pasukan lawan.

"Ia adalah saat yang sangat buruk bagi saya dan saya mengakui bahawa saya tidak berselera untuk makan," kata bekas pemain pertahanan Chelsea, Christian Panucci.

Ketika berdepan Juventus, Spalletti cuba mencari formula terbaik pada separuh masa kedua apabila dia membuat tiga pertukaran.

Dia mengeluarkan Rodrigo Taddei, David Pizarro serta Panucci sambil membawa masuk Jeremy Menez, Stefano Okaka dan Cicinho.

Bagaimanapun perubahan taktikalnya itu dilihat tidak memberi sebarang kesan.

"Skuad ini perlukan kesungguhan dan ketenangan untuk bermain dengan baik dan pada masa ini, kami tidak memiliki kedua-duanya. Jadi sukar untuk kami melakukan reaksi yang positif," kata Spalletti.

Sementara itu, kapten Roma, Francesco Totti masih dalam keraguan untuk beraksi ekoran kecederaan lutut.

Pemain tengah, Alberto Aquilani juga bakal terlepas aksi sekali lagi kerana mengalami kekejangan otot paha ketika Roma tewas 0-1 di Stamford Bridge dua minggu lalu. - Reuters

0 Comments: