

LONDON - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari tetap tenang menerima kekalahan anak buahnya kepada kelab Divisyen Satu, Burnley pada kempen Piala Liga kelmarin.
Pada perlawanan itu, The Blues tewas 4-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 sepanjang permainan.
Didier Drogba terlebih dahulu meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-27 sebelum Ade Akinbiyi menyamakan kedudukan pada minit ke-69.
"Pemain agak kecewa kerana mereka kalah dalam kempen ini," kata Scolari.
"Tetapi, saya tidak marahkan pemain saya kerana mereka telah cuba sehabis baik. Jika mereka melakukan kesilapan, mungkin saya marah, tapi saya tidak berikan mereka satu pengajaran. Pemain telah mencuba yang terbaik.
"Mereka mahu memenangi perlawanan ini, dan kini sudah tiba masanya untuk kami memberi tumpuan kepada perlawanan Sabtu ini (esok).
"Jika kami lebih berkualiti di depan gol, kami mungkin menang pertemuan ini."
Sementara itu pengurus Burnley, Owen Coyle memuji aksi penjaga golnya yang menyelamatkan dua sepakan penalti.
"Untuk datang berdepan Chelsea yang mendahului Liga Perdana England serta pilihan menjuarai Liga Juara-Juara, ia pastinya satu tugas sukar," jelasnya.
"Namun, kami berjaya memenangi permainan ini dan ia menunjukkan betapa kuatnya usaha yang dilakukan oleh pemain." - Agensi
0 Comments:
Post a Comment