"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Lampard cabar kejar Chelsea




LONDON – Perancang Chelsea, Frank Lampard (gambar) melontar cabaran kepada pencabar lain supaya mengejar kedudukan The Blues selaku pendahulu Liga Perdana England.

Skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu kembali merampas takhta pendahulu liga selepas menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers Ahad lalu.

Kini Lampard percaya sudah tiba giliran The Blues untuk terus membuka langkah selepas menjarakkan kelebihan kepada lapan mata ke atas juara bertahan, Manchester United.

Manakala Arsenal ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang berkongsi 29 mata dengan Liverpool.

Liverpool kembali berada di tangga kedua berdasarkan perbezaan jaringan dengan Chelsea.

“Memang ia satu jurang yang baik bagi kami, terutamanya ke atas United walaupun mereka ada baki satu perlawanan. Ia masih lagi belum berakhir,” kata Lampard.

“Tetapi sejak dua tahun lepas, keadaan kami adalah sebaliknya di mana kami yang banyak mengekori United. Ia bukan mudah.

“Apabila kamu dalam situasi mengejar seseorang, kamu tidak lagi boleh kalah dalam sebarang perlawanan.

“Sudah pasti ia lebih mudah apabila kamu berada di depan. Bukan mudah untuk mengejar kerana tekanan sentiasa meningkat.

“Jika kamu kehilangan mata, kamu semakin jauh ketinggalan dan pastinya kamu tidak mahu terlalu jauh di belakang biarpun pada peringkat awal musim.”

Sementara itu, kapten Chelsea, John Terry memuji ketajaman penyudah penyerang Perancis, Nicolas Anelka.

“Anelka amat menakjubkan apabila kita memerlukannya. Kami kehilangan beberapa penyerang awal musim ini dan Didier Drogba pula cedera.

“Tetapi dia datang ke sini dan mempamerkan aksi yang mengkagumkan sejak hari pertama pramusim lagi. Diharapkan dia mampu terus beraksi cemerlang dan menyumbang lebih banyak gol buat kami,” kata Terry.

0 Comments: