LONDON - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari mengulangi kenyataannya bahawa dia tidak perlu membeli penyerang baru ketika pintu perpindahan pemain bermula bulan ini, biarpun menyaksikan pasukannya memulakan kempen Piala FA dengan aksi mengejutkan apabila seri 1-1 dengan Southend di gelanggang sendiri. Blues yang kini menduduki tangga kedua Liga Perdana England dilihat mempamerkan aksi sederhana pada pusingan keempat Piala FA di Stamford Bridge kelmarin, sehinggalah pemain Southend yang baru menyambut hari kelahiran, Peter Clarke menanduk masuk gol penyamaan untuk pasukan pelawat pada masa kecederaan. Pasukan bimbingan Scolari memperoleh gol awal perlawanan tersebut menerusi tandukan Saloman Kalou pada separuh masa pertama. Chelsea sebelum ini turut tumbang di gelanggang sendiri bagi persaingan Liga Perdana England kepada Liverpool beberapa minggu lalu, selepas mencatat keputusan seri dengan West Ham, Everton dan Fulham. Pada pertemuan kelmarin, Chelsea melepaskan beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan ke atas pasukan yang berada di tempat ke-55 liga di bawah pasukan ternama England itu. Kegagalan memanfaatkan peluang seumpama itu meletakkan Scolari berada dalam keadaan tidak meragukan mengenai penipuan masalah yang dihadapi olehnya ketika ini. Walaubagaimanapun, pengendali dari Brazil itu berkata, dia tidak semestinya perlu membawa masuk muka baru bagi meningkatkan lagi peluang Chelsea untuk memenangi Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara. "Saya sudah mempunyai skuad yang sangat bagus. Ia akan hanya terjadi jika ahli lembaga pengarah inginkan pemain-pemain yang bagus, jika tidak saya masih lagi mempunyai skuad yang baik. Biarpun begitu, saya masih tidak memerlukan penyerang lain dalam pasukan ini. "Apa yang kami inginkan ialah pemain untuk menjaringkan lebih banyak gol. Kami perlu berkerja keras dalam melakukan aksi penamat yang baik ketika menjalani latihan. "Saya meyakini keupayaan pemain-pemain sedia ada. Saya juga perlu menyatakan apa yang tidak benar dan kami mungkin akan menjadi lebih baik selepas satu minggu, sebulan atau setahun. "Saya mempunyai keyakinan 100 peratus berhubung dengan apa yang dilakukan oleh saya ketika ini. Saya hanya berusaha melakukan yang terbaik. "Adakah kami sudah terkeluar daripada pertandingan ini? Kami akan menghadapi mereka sekali lagi. Namun begitu, pasukan lain yang bermain hari ini kesemuanya tidak menjadi. "Keputusan menyatakan ia merupakan satu persembahan yang tidak bagus, tetapi kami mempunyai 15 peluang terbaik untuk menjaringkan gol. "Kami adalah bos di atas padang, tetapi pada akhir-akhir persaingan, kami masih tidak berjaya untuk menambah jaringan. "Southend telah menjadikan perlawanan tersebut begitu sukar untuk kami dan mereka tidak mempunyai sebarang percubaan menghasilkan gol pada masa sebenar - masalah kami adalah kerana tidak berupaya menghasilkan satu lagi jaringan penting," kata bekas pengurus Brazil dan Portugal tersebut. - AFP

'Kami tak perlu pemain baru'
Posted by K'cong at 5:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment