"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Carvalho minta maaf main kasar

LONDON: Pemain pertahanan Chelsea, Ricardo Carvalho meminta maaf kepada pemain Aston Villa, Gabriel Agbonlahor kerana melakukan bentesan kasar yang mencemari perlawanan dua skuad itu yang berkesudahan seri 4-4, semalam.

Carvalho diarah keluar padang kerana melakukan terjahan dua kaki pada minit ke-80 di Stamford Bridge dan membuat tindakan yang jarang dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan meminta maaf selepas perlawanan itu berakhir.

"Bukan niat saya untuk mencederakan Gabriel Agbonlahor dengan bentesan itu," kata Carvalho.

"Saya cuba mendapatkan bola dan saya tidak mahu orang memikirkan saya cuba untuk mencederakan pemain lain.


"Saya tidak dapat berjumpanya selepas perlawanan untuk meminta maaf tetapi saya meminta satu mesej untuk dihantar kepadanya."

Rakan sepasukan Carvalho bersama Chelsea, Ashley Cole juga dibuang padang kerana bola terkena tangan tetapi skuad Blues membuat rayuan kerana pemain bek kiri England itu menegaskan dia cuba menanduk bola keluar daripada garisan gol.

Sementara itu, Aston Villa membuat rayuan terhadap kad merah kontroversi dilayangkan terhadap Zat Knight sewaktu perlawanan di Chelsea. - AFP

0 Comments: