LONDON: Avram Grant berikrar beliau tidak akan membiarkan pasukannya kalah lagi dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekalipun agak ketinggalan daripada Manchester United dan Arsenal.
Blues, yang menduduki tangga ketiga, berdepan kesukaran untuk meletakkan mereka dalam saingan menjelang ke Tahun Baru dan masalah kecederaan serta penggantungan makin menghantuinya, menyebabkan Grant kehilangan pemain utama.
Chelsea seri 4-4 di gelanggang sendiri dengan Aston Villa kelmarin, bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mendahului 4-3 dengan berbaki dua minit, sebelum pertahanan Ricardo Carvalho dan Ashley Cole dibuang padang - kedua-duanya digantung tiga perlawanan.
Sabtu ini, Chelsea menanti kunjungan Newcastle - yang tumpas 1-0 kepada pasukan bawahan Wigan kelmarin - sebelum pertembungan setempat barat London di Fulham, Selasa depan.
Grant berazam mengakhiri kedua-dua perlawanan itu dengan enam mata maksimum dan menghidupkan harapan membawa kembali trofi Liga Perdana ke Stamford Bridge selepas satu tahun kepingin.
“Selagi kami memiliki peluang, kami akan melakukan sedaya mungkin,” kata Grant.
“Kami akan terus berjuang bagi setiap kejuaraan yang boleh dimenangi. Tidak bagus melepaskan beberapa mata tetapi itu bukan bermakna berakhirnya cabaran, sekalipun kami memang amat kecewa.”
Dengan penggantungan perlawanan buat Carvalho dan Cole, serta pemain tengah Frank Lampard mengalami kecederaan paha ketika seri 4-4, Grant perlu bekerja lebih keras mempersiapkan pasukannya. - AFP
1 Comment:
can i put a link to ur blog in my website?
my website is
http://www.chelseafcsupporters.com
Thanks!
Post a Comment