LONDON – Pengurus Chelsea, Avram Grant berharap untuk mendapatkan khidmat penyerang Bolton, Nicolas Anelka tepat pada masanya bagi perlawanan bola sepak Liga Perdana England menentang Tottenham Hotspur, Sabtu ini.
The Blues menawarkan 10 juta pound (RM64.67 juta) bagi mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu yang ditolak oleh Bolton minggu lalu tetapi Grant membayangkan mereka bersedia menawarkan semula dengan tawaran yang lebih baik.
Bolton dijangka menerima sekitar 15 juta pound (RM96.98 juta) apabila Anelka menjelaskan bahawa dia mahu meninggalkan Stadium Reebok.
Grant memerlukan sekurang-kurangnya seorang penyerang kerana Didier Drogba dan Salomon Kalou menyertai Piala Negara-Negara Afrika selama sebulan manakala Andriy Shevchenko tercedera.
‘‘Kami sememangnya meminati Anelka. Kami menawarkannya dua hari lalu kerana kami mahukannya dalam perlawanan menentang Everton tetapi saya harap ia (pembelian) menjadi bagi perlawanan Sabtu ini. Jika tidak, kami akan meneruskan dengan pemain yang ada.
‘‘Kami tidak berhasrat kekal dengan seorang penyerang. Ia penting untuk melakukannya dengan cepat tetapi ia bukan bidang saya. Bukan saya yang berunding dengan Bolton,’’ katanya.
– AFP
0 Comments:
Post a Comment