"This Blog purpose-built make all well off CHELSEA FC's fan in the world"


Final FA CUP 08/09

Chelsea 2 - 1 Everton

30 May 2009

Tiada tawaran untuk Kaka



MILAN, Itali - Gergasi bola sepak Itali, AC Milan mengadakan rundingan dengan Chelsea berhubung pembelian Andriy Shevchenko dan penjualan Kaka namun berkata, tiada tawaran yang dikemukakan.

Kaka, perancang permainan Brazil, dikaitkan dengan perpindahan ke The Blues, dengan jurucakapnya berkata bahawa satu 'tawaran rasmi' telah dibuat.

Namun selepas menemui pemilik Chelsea, Roman Abramovich, naib presiden Milan menegaskan bahawa Kaka masih 'bahagia' di kelab Itali itu.

"Tawaran buat Kaka hanya dalam akhbar dan mereka mereka-reka cerita," kata Adriano Galliani kepada laman web kelab itu.

"Hari ini mereka kata ada satu rundingan tawaran 150 juta euro (RM771.51 juta) dan esok ia akan jadi 200 juta euro (RM1,028 juta).

"Tiada yang benar, sama ada dari Chelsea mahu pun dari sebarang kelab lain pernah kami terima tawaran sebegitu," katanya.

Ketika berjumpa, Galliani berkata, dia meminta Abramovich memulangkan kembali Shevchenko, penyerang Ukraine ke Milan.

"Saya berada di bot Abramovich. Memang dia mengundang saya sebagai tetamunya dan saya bertanyakan mengenai Shevchenko dan dia bertanya saya tentang Kaka pula.

"Namun ia berkesudahan 0-0 kerana saya kata tidak untuk Ricky (Kaka) dan dia pun kata tidak bagi Andriy (Shevchenko).

"Dalam sebarang kes, tidak disebut pun tentang sebarang nilai perpindahan," katanya.

- AP

0 Comments: