LONDON: Pengurus baru Chelsea, Luiz Felipe Scolari memberi amaran kepada  lawan lain bahawa tiada apa yang menerbitkan rasa bimbang kepadanya memikirkan  cabaran bakal diterima, sebaliknya hanya mahu fokus memburu gelaran Liga Perdana  Inggeris (EPL), musim ini.
Scolari tidak pernah takut untuk menumbangkan  lawan - baik di gelanggang mahu pun di luar dan pengendali dari Brazil itu  pantas mengutarakan kemampuan miliknya ketika pernah bergaduh di jalanan tempat  kelahirannya. Ia memberi gambaran betapa dia sudah bersedia berdepan gelora bola  sepak Inggeris yang tinggi nilainya.
Lelaki berusia 59 tahun itu adalah  perancang pasukan yang bijak dan mengerti butang mana harus ditekan untuk  menghasilkan barisan pemain terbaik.
Namun, dia juga memiliki sikap panas baran dan terbabit dalam beberapa  insiden pergaduhan yang menjadi bahan liputan penuh menarik.
Paling  ketara adalah insiden ketika dia menumbuk pemain Serbia, Ivica Dragutinovic  berikutan satu pertelingkahan dekat garisan padang dalam perlawanan kelayakan  Euro 2008.
Selaku pendatang baru dalam EPL, Scolari mungkin memilih  untuk bersikap merendahkan diri sehingga dia menemui rentak di liga asing. 
Walaupun dia menghormati lawan dia tetap akan menyemat sifat mahu  mengilhamkan kemenangan apabila menentang barisan didik Sir Alex Ferguson dari  Manchester United, Arsene Wenger (Arsenal) dan Rafael Benitez (Liverpool).
“Saya masih seorang pejuang? Mungkin! Saya sudah terbabit dalam situasi  seperti ini, seperti juga jurulatih lain. Ia sesuatu yang biasa,” kata Scolari.
“Saya berjuang untuk kepercayaan diri. Tetapi saya menghormati orang  lain. Jurulatih lain dan peminat. Saya hormat mereka.”
“Saya tahu  beberapa pengadil melakukan kesilapan kerana semua orang melakukan kesilapan.  Ada kalanya kesilapan itu penting tetapi selepas itu ia bukan lagi satu  masalah.” - AFP 
 



.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Comments:
Post a Comment